Friday 2 April 2010

kainku tinggi menyinsing peha mengamankan negara,
apakah kau sekarang tidak lagi eperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

adam.....
marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong ,
maka Adam yang patut tanggung!
Adam kau selalu berkata, Hawa memmang degil, tak mau dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepla batu, pada hematku yang dhaif ini,

Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad S.A.W terhadap isteri- isterinya,
adakah Adam melayani Hawa seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam..
kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu,
kerana kau adalah ketua.
jika kau benar, maka benarla aku,
jika kau lalai, lalaila aku,
kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
dari itu Adam, pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering itu aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
bimbingla daku untuk mendalami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari tuhanmu agar menerangi hiudpku.
tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan kerenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar,maka kita tunggu dan lihatla,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri,
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.....

(petikan warkah dakwah 1986)
p/s : after reading this article, i wonder is there's any Men still deserve to be called Adam~

No comments:

Post a Comment